Monday, 29 April 2013
Monday, 15 April 2013
Monday, 8 April 2013
DAYA SEBAGAI VEKTOR
VEKTOR DAN SKALAR
Vektor ialah kuantiti fizik yang mempunyai magnitud dan arah. Contohnya seperti :
Unit
Sesaran meter
Daya Newton
Halaju meter / saat
Pecutan meter / persaat persaat
Skalar pula merupakan kuantiti fizik yang mempunyai magnitud sahaja. Contohnya seperti :
Unit
Jarak meter
Jisim kilogram
Panjang meter
Masa saat
LERAIAN VEKTOR
Suatu vektor boleh dileraikan kepada DUA komponen iaitu komponen mendatar Vx, dan juga komponen menegak Vy. Kedua - dua komponen boleh dilukis dalam gambarajah leraian vektor seperti berikut :
Vx komponen vektor mendatar
Vy komponen vektor menegak
Nilai

DAYA SEBAGAI VEKTOR
i)
Berikut merupakan vektor daya yang bertindak pada paksi x. Nilai
Gambarajah di atas merupakan vektor daya yang bertindak pada paksi y. Nilai

Monday, 1 April 2013
TUGASAN 1
Soalan tugasan boleh diperolehi pada halaman muat turun. Sila hantar 'hard copy" tugasan anda pada kelas minggu hadapan.
KUIZ 1
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Seperti yang telah dimaklumkan dalam kelas pada minggu lepas, saya akan mengadakan kuiz pada minggu ini. Soalan boleh diperolehi pada halaman Muat Turun. Sila hantar jawapan yang lengkap ke alamat email saya sebelum jam 12 tengah hari ini :
Seperti yang telah dimaklumkan dalam kelas pada minggu lepas, saya akan mengadakan kuiz pada minggu ini. Soalan boleh diperolehi pada halaman Muat Turun. Sila hantar jawapan yang lengkap ke alamat email saya sebelum jam 12 tengah hari ini :
ihsan@psas.edu.my
Sila gunakan alamat email rasmi anda untuk menghantar kuiz ini kepada saya
contoh alamat email rasmi pelajar :
15DKA1067@psas.edu.my
Sekian, selamat menjawab
Tuesday, 26 March 2013
KESEIMBANGAN DAYA DAN KESEIMBANGAN JASAD
KESEIMBANGAN DAYA
Daya ialah suatu tarikan atau tolakan. Bagi tarikan, daya akan bergerak ke arah daya tarikan yang lebih besar. Jika daya tarikan dari kedua-dua arah adalah sama. maka daya ini di katakan sebagai seimbang.
KESEIMBANGAN JASAD
Suatu jasad di katakan seimbang apabila jasad tersebut berada dalam keadaan pegun. Suatu jasad berada dalam keseimbangan apabila jumlah algebra daya - daya yang bertindak ke atasnya adalah sifar.
Pertimbangkan contoh di bawah, daya mendatar di wakili oleh Fx manakala daya menegak di wakili oleh Fy
Jika Fx1 = Fx2
Maka Fx1 - Fx2 = 0
Jika Fy1 = Fy2
Maka Fy1 - Fy2 = 0
Anda boleh menonton video di bawah berkaitan dengan pengiraan yang melibatkan keseimbangan daya.
Tuesday, 19 March 2013
DAYA DALAM SISTEM MEKANIKAL
Daya di gunakan dalam semua sistem mekanikal. Daya yang digunakan dalam sistem ini biasanya dipindahkan dari pelbagai alatan mekanikal seperti gear, takal, skru, piston, dan sebagainya.
Bagaimana Daya Di Sukat
Unit bagi daya ialah Kilogram Meter Persaat Persaat ( Kgms-2 ) atau Newton (N)
Contoh Soalan
1. Kirakan berat sebuah kotak yang berjisim 10 kilogram (g =10ms-2 )
Berat = Jisim x Pecutan graviti
w = mg
= 10 kg x 10ms-2
= 100 kgms-2 @ Newton
2. Apakah jisim sebuah kotak yang mempunyai berat 170 N
Berat = Jisim x Pecutan graviti
w = mg
170 = m x 10
170 / 10 = m
m = 17 kg
3. Dua orang lelaki A dan B berdiri di atas sekeping papan. Jumlah berat bagi kedua - dua lelaki tersebut ialah 980 N. Jika jisim lelaki A ialah 50 kg. Kira jisim lelaki B.
Jumlah Jisim Lelaki A dan B ialah
w = mg
980 = m x 10
m = 98 kg
Jika jisim lelaki A ialah 50kg, maka jisim lelaki B ialah 98kg - 50kg = 48 kg
![]() |
| Alatan Mekanikal |
Bagaimana Daya Di Sukat
Persamaan bagi daya ialah :
Daya = Jisim x Pecutan Graviti
F = ma
F = ma
Berat
Berat ialah daya yang bertindak ke atas suatu jasad di sebabkan oleh tarikan graviti
Persamaan bagi berat ialah :
Berat = Jisim x pecutan Graviti
W = mg
W = mg
dimana g ialah kekuatan medan graviti bumi iaitu g = 10ms-2
Unit bagi berat ialah Newton (N)
Contoh Soalan
1. Kirakan berat sebuah kotak yang berjisim 10 kilogram (g =10ms-2 )
Berat = Jisim x Pecutan graviti
w = mg
= 10 kg x 10ms-2
= 100 kgms-2 @ Newton
2. Apakah jisim sebuah kotak yang mempunyai berat 170 N
Berat = Jisim x Pecutan graviti
w = mg
170 = m x 10
170 / 10 = m
m = 17 kg
3. Dua orang lelaki A dan B berdiri di atas sekeping papan. Jumlah berat bagi kedua - dua lelaki tersebut ialah 980 N. Jika jisim lelaki A ialah 50 kg. Kira jisim lelaki B.
Jumlah Jisim Lelaki A dan B ialah
w = mg
980 = m x 10
m = 98 kg
Jika jisim lelaki A ialah 50kg, maka jisim lelaki B ialah 98kg - 50kg = 48 kg
Subscribe to:
Posts (Atom)







