Tuesday 26 March 2013

KESEIMBANGAN DAYA DAN KESEIMBANGAN JASAD


KESEIMBANGAN DAYA

Daya ialah suatu tarikan atau tolakan. Bagi tarikan, daya akan bergerak ke arah daya tarikan yang lebih besar. Jika daya tarikan dari kedua-dua arah adalah sama. maka daya ini di katakan sebagai seimbang.




KESEIMBANGAN JASAD

Suatu jasad di katakan seimbang apabila jasad tersebut berada dalam keadaan pegun. Suatu jasad berada dalam keseimbangan apabila jumlah algebra daya - daya yang bertindak ke atasnya adalah sifar.







Pertimbangkan contoh di bawah, daya mendatar di wakili oleh Fx manakala daya menegak di wakili oleh Fy



Jika   Fx1 = Fx2
Maka Fx1 - Fx2 = 0

Jika   Fy1 = Fy2
Maka Fy1 - Fy2 = 0


Anda boleh menonton video di bawah berkaitan dengan pengiraan yang melibatkan keseimbangan daya.




this video was taken from YouTube from Timothy Palladino
http://www.youtube.com/watch?v=Cp8ojaVuSk8


Tuesday 19 March 2013

DAYA DALAM SISTEM MEKANIKAL

Daya di gunakan dalam semua sistem mekanikal. Daya yang digunakan dalam sistem ini biasanya dipindahkan dari pelbagai alatan mekanikal seperti gear, takal, skru, piston, dan sebagainya.

Alatan Mekanikal



Bagaimana Daya Di Sukat

Unit bagi daya ialah Kilogram Meter Persaat Persaat ( Kgms-2 ) atau Newton (N)
Persamaan bagi daya ialah :

Daya = Jisim x Pecutan Graviti
  F  = ma

Berat
Berat ialah daya yang bertindak ke atas suatu jasad di sebabkan oleh tarikan graviti 
Persamaan bagi berat ialah :

Berat = Jisim x pecutan Graviti 
W  = mg

dimana g ialah kekuatan medan graviti bumi iaitu g = 10ms-2 
Unit bagi berat ialah Newton (N) 





Contoh Soalan

1. Kirakan berat sebuah kotak yang berjisim 10 kilogram (g =10ms-2 )

    Berat = Jisim x Pecutan graviti
         w  = mg
              = 10 kg x 10ms-2
              = 100 kgms-2 @ Newton

2. Apakah jisim sebuah kotak yang mempunyai berat 170 N
       
    Berat  = Jisim x Pecutan graviti
         w   = mg
        170 = m x 10
 170 / 10 = m
           m = 17 kg 

3. Dua orang lelaki A dan B berdiri di atas sekeping papan. Jumlah berat bagi kedua - dua lelaki tersebut ialah 980 N. Jika jisim lelaki A ialah 50 kg. Kira jisim lelaki B.

    Jumlah Jisim Lelaki A dan B ialah

    w    = mg
    980 = m x 10
    m    = 98 kg

   Jika jisim lelaki A ialah 50kg, maka jisim lelaki B ialah 98kg - 50kg = 48 kg

Wednesday 6 March 2013

PENGENALAN

PENGENALAN

Daya ialah tolakan atau tarikan yang boleh mengubah kedudukan rehat atau gerakan suatu jasad.
Tindakan ini berlaku sepanjang masa dalam aktiviti harian kita seperti bernafas, berjalan, mengangkat barang, bersukan dan lain - lain.

Berikut merupakan kesan daya ke atas suatu jasad :
  1. Menggerakkan jasad dari keadaan rehat
  2. Mengubah kelajuan jasad yang sedang bergerak atau menghentikan jasad tersebut
  3. Mengubah arah gerakan jasad yang sedang bergerak
  4. Mengubah saiz atau bentuk jasad

Tuesday 5 March 2013

HUKUM NEWTON



 HUKUM NEWTON
Sebelum anda mempelajari dengan lebih lanjut mengenai daya, adalah penting untuk mengetahui serba ringkas mengenai hukum Newton. Ini kerana daya terbit dari asas hukum Newton. Dengan mengetahui hukum Newton, secara tidak langsung akan memberi gambaran awal kepada pelajar mengenai topik yang akan kita pelajari dengan lebih lanjut dalam blog ini iaitu Daya.


Hukum Newton Pertama

  Hukum gerakan Newton pertama menyatakan mengenai sifat inersia sesuatu objek. Hukum gerakan Newton pertama menyatakan bahawa sesuatu objek akan kekal dalam keadaan asalnya, iaitu dalam keadaan pegun atau dalam keadaan halaju seragam jika tiada daya luar bertindak ke atas objek itu.
  Sesuatu objek yang pegun akan tetap pegun. Oleh itu, untuk mengerakkan objek yang pegun itu, satu daya dari luar diperlukan. Sesuatu objek yang bergerak dengan halaju seragam akan tetap bergerak dengan halaju seragam sepanjang garis lurus.Untuk mengubah keadaan itu, daya luar mesti ditindakkan ke atas objek itu.


Hukum Newton Kedua

 Hukum gerakan Newton kedua menyatakan bahawa kadar perubahan momentum adalah berkadar terus dengan daya paduan yang bertindak ke atas objek itu pada arah yang sama dengan arah tindakan itu.
\vec{F} = m(\vec{v}-\vec{u})/t

iaitu    F = daya paduan;
           m = jisim objek di bawah pengaruh daya paduan F;
           v = halaju akhir objek;
           u = halaju awal objek;
           t = masa.
Disebabkan pecutan objek diberi oleh  \vec{a} = (\vec{v}-\vec{u})/t,  Hukum gerakan Newton kedua lebih terkenal dengan formula \vec{F} = m.\vec{a}. Ini bermakna, semua objek berjisim tetap di bawah suatu pengaruh daya paduan F bukan sifar akan mengalami pecutan. Justeru, Hukum gerakan Newton kedua ini juga dikenali sebagai hukum pecutan.


Hukum Newton Ketiga

Di dalam fizik, daya yang bertindak ke atas sesuatu objek akan menyebabkan objek itu mengalami Pecutan atau berubah Halaju. Daya merupakan satu kuantiti Vektor. Mengikut Hukum Newton Kedua, daya adalah:
 \vec F = m \vec a
dimana
 \vec F adalah Daya
 \mathbf{m} adalah Jisim
 \vec a adalah Pecutan