Monday 6 May 2013

MOMEN

  


 MOMEN





Momen adalah daya yang di darabkan dengan jarak lengan iaitu :

M = f d
Dimana :

M  =  momen
f     =  daya
d    =  jarak lengan ( jarak tegak)



SYARAT - SYARAT KESEIMBANGAN MOMEN





1. Jumlah momen ikut jam = jumlah momen lawan jam

F1d1 = F2d

2. Jumlah daya - daya tindakan = jumlah daya-daya tindakbalas


F1 + F2 = RF    

Di mana RF  ialah Jumlah daya-daya tindakbalas 
 



KAEDAH PENGIRAAN MOMEN


Untuk menyelesaikan masalah keseimbangan dan mencari pusat graviti, DUA kaedah pengiraan boleh digunakan. Kaedah tersebut ialah :

            1.         Kaedah Momen Daya

            2.         Kaedah Momen Paduan


anda boleh melihat contoh-contoh soalan yang melibatkan penggunaan kedua-dua kaedah di atas :


1. Kaedah Momen Daya


a. 

Tentukan pusat graviti untuk sistem tindakan daya - daya di atas supaya bar tersebut berada dalam keseimbangan

Jawapan

Diketahui :


F1d1 = F2d    dimana F ialah daya dan d ialah jarak lengan. nilai F1 ialah 20N dan F2 ialah 50N. untuk menyeimbangkan bar tersebut, suatu pusat garaviti, RF perlu di kenakan di bahagian bawah bar tersebut. Diketahui jumlah jarak lengan adalah 4m. Oleh itu, kita andaikan jarak lengan dari kiri ke RF adalah x dan jarak lengan dari RF ke hujung kanan pula ialah 4 - x.

Berdasarkan rumus

F1 d1  =  F2 d2

20 x (X) = 50 x ( 4 - X )

20X = 200 - 50X

70X = 200

X = 2.86 m



b.

 Tentukan pusat graviti untuk sistem tindakan daya - daya di atas supaya bar tersebut berada dalam keseimbangan

Jawapan

  
F1 d1  =  F2 d2

20( x ) + 25 ( x - 1 ) = 100 ( 6 - x )

20x + 25x - 25 = 600 - 100x
 
145x = 625

x = 4.31 m



 2. Kaedah Momen Paduan


 Rumus bagi kaedah momen paduan adalah seperti berikut :





Contoh soalan momen paduan :


Tentukan pusat graviti untuk sistem tindakan daya - daya di atas supaya bar tersebut berada dalam keseimbangan

Jawapan :

x =  20 (0) + 50 (40)
            20 + 50

x = 200 / 70

x = 2.86 m







Jawapan :


x = 20 (0) + 25 (1) + 100 (6)
            20 + 25 + 100

x = 625 / 145
 
x = 4.31 m




Monday 8 April 2013

DAYA SEBAGAI VEKTOR



VEKTOR DAN SKALAR

Vektor ialah kuantiti fizik yang mempunyai magnitud dan arah. Contohnya seperti :

                                  Unit
Sesaran                     meter
Daya                          Newton
Halaju                        meter / saat
Pecutan                     meter / persaat persaat


Skalar pula merupakan kuantiti fizik yang mempunyai magnitud sahaja. Contohnya seperti :

                                  Unit
Jarak                         meter
Jisim                         kilogram
Panjang                     meter 
Masa                         saat


LERAIAN VEKTOR 




Suatu vektor boleh dileraikan kepada DUA komponen iaitu komponen mendatar Vx, dan juga komponen menegak Vy. Kedua - dua komponen boleh dilukis dalam gambarajah leraian vektor seperti berikut :

                                                Vx komponen vektor mendatar
                                                Vy komponen vektor menegak


Nilai 0 boleh diperolehi dengan cara :
















DAYA SEBAGAI VEKTOR


i)



Berikut merupakan vektor daya yang bertindak pada paksi x. Nilai 0 boleh diperolehi dengan:
                                                       
                                                      



ii)

Gambarajah di atas merupakan vektor daya yang bertindak pada paksi y. Nilai 0 boleh diperolehi dengan: