Tuesday 5 March 2013

HUKUM NEWTON



 HUKUM NEWTON
Sebelum anda mempelajari dengan lebih lanjut mengenai daya, adalah penting untuk mengetahui serba ringkas mengenai hukum Newton. Ini kerana daya terbit dari asas hukum Newton. Dengan mengetahui hukum Newton, secara tidak langsung akan memberi gambaran awal kepada pelajar mengenai topik yang akan kita pelajari dengan lebih lanjut dalam blog ini iaitu Daya.


Hukum Newton Pertama

  Hukum gerakan Newton pertama menyatakan mengenai sifat inersia sesuatu objek. Hukum gerakan Newton pertama menyatakan bahawa sesuatu objek akan kekal dalam keadaan asalnya, iaitu dalam keadaan pegun atau dalam keadaan halaju seragam jika tiada daya luar bertindak ke atas objek itu.
  Sesuatu objek yang pegun akan tetap pegun. Oleh itu, untuk mengerakkan objek yang pegun itu, satu daya dari luar diperlukan. Sesuatu objek yang bergerak dengan halaju seragam akan tetap bergerak dengan halaju seragam sepanjang garis lurus.Untuk mengubah keadaan itu, daya luar mesti ditindakkan ke atas objek itu.


Hukum Newton Kedua

 Hukum gerakan Newton kedua menyatakan bahawa kadar perubahan momentum adalah berkadar terus dengan daya paduan yang bertindak ke atas objek itu pada arah yang sama dengan arah tindakan itu.
\vec{F} = m(\vec{v}-\vec{u})/t

iaitu    F = daya paduan;
           m = jisim objek di bawah pengaruh daya paduan F;
           v = halaju akhir objek;
           u = halaju awal objek;
           t = masa.
Disebabkan pecutan objek diberi oleh  \vec{a} = (\vec{v}-\vec{u})/t,  Hukum gerakan Newton kedua lebih terkenal dengan formula \vec{F} = m.\vec{a}. Ini bermakna, semua objek berjisim tetap di bawah suatu pengaruh daya paduan F bukan sifar akan mengalami pecutan. Justeru, Hukum gerakan Newton kedua ini juga dikenali sebagai hukum pecutan.


Hukum Newton Ketiga

Di dalam fizik, daya yang bertindak ke atas sesuatu objek akan menyebabkan objek itu mengalami Pecutan atau berubah Halaju. Daya merupakan satu kuantiti Vektor. Mengikut Hukum Newton Kedua, daya adalah:
 \vec F = m \vec a
dimana
 \vec F adalah Daya
 \mathbf{m} adalah Jisim
 \vec a adalah Pecutan


No comments:

Post a Comment