HUKUM NEWTON
Sebelum
anda mempelajari dengan lebih lanjut mengenai daya, adalah penting
untuk mengetahui serba ringkas mengenai hukum Newton. Ini kerana daya
terbit dari asas hukum Newton. Dengan mengetahui hukum Newton, secara
tidak langsung akan memberi gambaran awal kepada pelajar mengenai topik
yang akan kita pelajari dengan lebih lanjut dalam blog ini iaitu Daya.
Hukum Newton Pertama
Hukum gerakan Newton pertama menyatakan mengenai sifat inersia sesuatu objek. Hukum gerakan Newton pertama menyatakan bahawa sesuatu
objek akan kekal dalam keadaan asalnya, iaitu dalam keadaan pegun atau
dalam keadaan halaju seragam jika tiada daya luar bertindak ke atas
objek itu.
Sesuatu
objek yang pegun akan tetap pegun. Oleh itu, untuk mengerakkan objek
yang pegun itu, satu daya dari luar diperlukan. Sesuatu objek yang
bergerak dengan halaju seragam akan tetap bergerak
dengan halaju seragam sepanjang garis lurus.Untuk mengubah keadaan itu,
daya luar mesti ditindakkan ke atas objek itu.
Hukum Newton Kedua
Hukum gerakan Newton kedua menyatakan bahawa
kadar perubahan momentum adalah berkadar terus dengan daya paduan yang
bertindak ke atas objek itu pada arah yang sama dengan arah tindakan
itu.
iaitu F = daya paduan;
m = jisim objek di bawah pengaruh daya paduan F;
v = halaju akhir objek;
u = halaju awal objek;
t = masa.
Disebabkan pecutan objek diberi oleh , Hukum gerakan Newton kedua lebih terkenal dengan formula .
Ini bermakna, semua objek berjisim tetap di bawah suatu pengaruh daya
paduan F bukan sifar akan mengalami pecutan. Justeru, Hukum gerakan
Newton kedua ini juga dikenali sebagai hukum pecutan.
Hukum Newton Ketiga
Di dalam fizik, daya yang bertindak ke atas sesuatu objek akan menyebabkan objek itu mengalami Pecutan atau berubah Halaju. Daya merupakan satu kuantiti Vektor. Mengikut Hukum Newton Kedua, daya adalah:
dimana
- adalah Daya
- adalah Jisim
- adalah Pecutan
No comments:
Post a Comment